Sunday, June 15, 2008

tugu negara di bom komunis??!!


Komunis letup Tugu Negara
Oleh Mohd Azis Ngahazis@bharian.com.my
Berasa terhina kerana pengganas menganggap merekalah pejuang negara SEPANJANG tahun terutama ketika musim cuti sekolah, ribuan rakyat dan pelancong asing menziarahi Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara yang menjadi lambang kedaulatan, kemegahan serta mercu tanda pejuang yang mempertahankan tanah air, Malaysia. Tugu yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 dan setiap tahun, pasti diadakan pelbagai program sempena memperingati Hari Pahlawan bertujuan mengenang jasa pejuang negara.
Bagaimanapun, langkah kerajaan mengagungkan pejuang bangsa itu jelas merobek perasaan pengganas komunis yang kononnya mendakwa mereka juga pejuang negara. Yang pasti komunis berasa begitu terhina dengan patung pengganas yang rebah menyembah bumi manakala patung askar berdiri teguh memegang senjata dan bendera negara manakala satu patung lagi memangku rakan yang cedera. Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal. Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan. Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.
Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal. Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis. Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan. Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos. Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis. Penolong Kurator Kajian dan Penyelidikan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Selamat Sainayune menjelaskan Tugu Negara itu adalah sebagai peringatan kepada perwira yang terkorban demi tanah air ketika peperangan dan darurat pada 1942-1960. “Ia simbol kenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata-mata untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka di mana rakyat dapat hidup aman harmoni. Sebab itu Ia wajar dihormati dan dipelihara bersama,” katanya. Info:
Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).
Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara.
Tugu itu menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang.
Setiap patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.
Dibina pada 1966, tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Sejarah awal Tugu Negara
Tugu Negara terawal adalah tiang konkrit terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara.
Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Tiang asal dialih ke kompleks Tugu Negara dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Monday, June 2, 2008

fuh..blik cuti..

dah lama ek x wat post baru..hr nie aku br blik dr bercuti..puas gak kt umah sminggu..lg satu psl larian half maraton yg aku jin tu..best siot..geng kami dpt mng byk..jum smua skali 10k..byk tu..tp kena kongsi rmai2 la..tp xper la..kurg2nya..berbaloi jgkla aku duk lari hari2 sblum nie..

Wednesday, May 14, 2008

Lobak, Telur dan Kopi



Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik

LaRI..lArI dAn TrUs BerLAri..


skang nie tiap2 hari aku lari..kt CO aku..we have our mission..nak dpt tempat dlm larian half maraton smpena 50 tahun TUDM 25 hb nie kt KL..letih gler2nyer..x tipu..pagi stat kul 7 dah lari 10km,ptg ada lagi..lutut aku dah bergoyang smcm dah..tapi nasib mseh mantapp..hehhe.x sbr nk tggu 25 hb..sbb pastu aku dah xyah lari lagi dah..huhuh..

Monday, May 12, 2008

nGedit GambOr

Aku nie minat gler dlm seni foto nie..tp cuma xder pluang jer lg untuk aku trus menyelam dalam bdg nie..hrap2 lpas aku dah com nnti dpt la aku beri sedikit ms utk hobi yg aku mnt gler nie..br nie ada ms luang ckit..aku pun cuba2 ah tmbah skill dlm penggunaan adobe Photoshop..nie la antara yg sempat aku hasil kan..












Sunday, May 11, 2008

sOulMate..(te0ri jer nie)


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu >tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?
"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung diatasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya untuk dicintai"

Bila LAngit Mendung


Bila langit mendung....Astaghfirulahal'azim.........Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni- Payah nak buat apa2 kalau hujan- Tak boleh balik lagi, hujan!Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujanini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa beritayang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hinggaapabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan denganawan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagaijenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkansemula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambilpelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.1. Membersihkan udara2. Menyubur tanaman3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macambiasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengansuasana muram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebabitu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluangdengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yangmencurah-curah" (al-Qamar : 11)Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga,hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhuAin lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.Lihatlah firman Allah yg bermaksud :"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu,serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi.Selama mana? Itu semua rahsia Allah"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kamiberikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dankepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Diaserta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

PeSan seOraNg iBu TerHaDAp AnAk PeReMpuaNya

Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan ‘Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-Wahai anakku!Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya.Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal.Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami.Tetapi! Wanita dicipta untuk lelaki,Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu, Meninggalkan teratak tempat besarmu,Melangkah menuju ke alam baru yang belum kau kenal yang belum kau biasa,Kau milik suamimu, Anggap dirimu sebagai hamba, Jadilah teman yang paling setia, Bawalah wasiat dariku, Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia,Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia, Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu.Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata, Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa, Sembunyikan suram wajahmu, Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi. Dan badan yang semerbak harum, Bermandikan bauan Mata berpasak, kening bercelak, Itu menambah seri, Itu membangkit berahi Dan…Air cukup memada Bagi yang tiada, Jaga masa makannya, Juga waktu tidurnya Kerana…Perut kosong hilang bicara, Mata mengantuk hilang kesabaran di dada, Kunci mulutmu, Tabahkan hatimu, Badanmu terselamat, Jiwa temanmu tidak terseksa, Simpan dulu kerianganmu Di kala dia berduka, Pendamkan kesedihanmu Di kala dia bergembiraAkibat aksi tidak senada, Hilang simpatimu disebabkan pertama, Hilang suasana disebabkan kedua…Hulurkan tanganmu…Andai kau menghulur sebelah tangan, Nescaya dia menghulur kedua belah tangan, Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkanKetahuilah! Kasihmu tidak sampai ke manaJika hatimu berdua tidak sejiwa, Kasihmu, kasihlah dia, Bencimu, bencilah dia.Allah saja yang menentukan nasibmu.Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan.Adaptasi drpd Al-Mustanir

tOday Is MotHer's Day....

hari nie 11 mei 08..hari ibu..pagi2 lagi aku dah call my mum to wish her..dia hepi jer,pastu dia kat patut la adik aku pun mintak duit nak beli bunga kat skolah hari nie,bagusla gtu..dulu masa aku sama baya ngan adek aku skang manalah aku tahu paper tentang hari2 nie smua,yang aku tahu, hari raya.hari merdeka n hari2 yang sewaktu dengannya..sbb hari2 camni,kita kan dpt cuti...kalo lah dr dulu lagi aku tahu ttg hr nie..sempat la jugak aku nak wish kat arwah ma aku..tapi..ma dah pergi sblum aku mengenali hari nie..tapi x per lah..ALLAH Maha Mengetahui segalanya..Aku sebagai hambaNya kena redha denagan segala ketentuanNya..n sebagai anak,aku akan sentiasa doakan ma semoga sejahtera disana..Alhamdulillah..sebab lepas pemergian ma aku,Allah kurniakan seorang penggati ma yang baek,yang dapat ku tumpang bermanja n skang pada dia jer la aku menumpang kaseh seorang ibu..actually baru tahun nie aku tahu yang sbenarnya,hari ibu nie xder tarikh yang tetap..rupa2nya ia di sambut pada tiap2 ahad minggu ke 2 dlm bulan ke 5 and tarikh ni plk x sama pada negara2 lain..kalo nk tahu lagi,g la check kat wikipedia..

Thursday, May 8, 2008

try....

nie first time aku nak cuba2 dlm blog nie