Sunday, May 11, 2008
PeSan seOraNg iBu TerHaDAp AnAk PeReMpuaNya
Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan ‘Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-Wahai anakku!Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya.Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal.Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami.Tetapi! Wanita dicipta untuk lelaki,Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu, Meninggalkan teratak tempat besarmu,Melangkah menuju ke alam baru yang belum kau kenal yang belum kau biasa,Kau milik suamimu, Anggap dirimu sebagai hamba, Jadilah teman yang paling setia, Bawalah wasiat dariku, Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia,Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia, Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu.Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata, Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa, Sembunyikan suram wajahmu, Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi. Dan badan yang semerbak harum, Bermandikan bauan Mata berpasak, kening bercelak, Itu menambah seri, Itu membangkit berahi Dan…Air cukup memada Bagi yang tiada, Jaga masa makannya, Juga waktu tidurnya Kerana…Perut kosong hilang bicara, Mata mengantuk hilang kesabaran di dada, Kunci mulutmu, Tabahkan hatimu, Badanmu terselamat, Jiwa temanmu tidak terseksa, Simpan dulu kerianganmu Di kala dia berduka, Pendamkan kesedihanmu Di kala dia bergembiraAkibat aksi tidak senada, Hilang simpatimu disebabkan pertama, Hilang suasana disebabkan kedua…Hulurkan tanganmu…Andai kau menghulur sebelah tangan, Nescaya dia menghulur kedua belah tangan, Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkanKetahuilah! Kasihmu tidak sampai ke manaJika hatimu berdua tidak sejiwa, Kasihmu, kasihlah dia, Bencimu, bencilah dia.Allah saja yang menentukan nasibmu.Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan.Adaptasi drpd Al-Mustanir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment